11
Feb
11

Cabaran semasa hendak memulakan perniagaan

Salam kpd pembaca blog ini,

Post saya pada kali ni, saya nak menggunakan Bahasa Melayu pula.
Sebelum saya nak memulakan cerita, saya nak ucapkan tahniah kepada mentor saya Dr. Irfan Khairi kerana telah berrjaya mengadakan webinar (online seminar) yg pertama beliau tadi pada pukul 9 – 10.15 mlm. Malangnya saya tak dapat nak menyertai sbb dr iPad tak support webcast rupanya ataupun ada application yg perlu di download tak tahulah pulak saya. Apa-apa pun tahniah kepada beliau, di harap akan ada lagi yg kali ke-2 & seterusnya.

Oklah, oleh kerana IK ada membincangkan tentang cara nak memulakan perniagaan internet tadi, saya teringat pulak waktu mula-mula saya nak memulakan perniagaan muffin ni dulu. Saya terpanggil nak menceritakan tentang cabaran-cabaran yg saya tempuhi dulu, bukan nak menakutkan sesiapa yg baru-baru nak menceburkan diri tetapi nak memberi semangat & peringatan sikit kepada org di luar sana.

Semasa tu, saya masih berkerja lagi sebagai ‘network engineer’. Saya adalah cuba-cuba promosi pada rakan-rakan sekerja…tapi biasalah ada yg betul-betul menyokong, tidak kurang ada juga yg condemn. Tetapi itu semua tidak menjatuhkan semangat saya…yelah memang pada mulanya down jugak tp oleh kerana masa tu dah start online kan bisnes tu, so ada ramai gaklah pelanggan- pelanggan yg dari luar yg membeli & memberi komen yg membina. Dari situlah saya mendapat satu kekuatan bahawa produk ni boleh pergi jauh jika saya betul-betul mengusahakannya bersungguh-sungguh.

Pada masa tu, memang saya dah bertekad nak berhenti je kerja. Nak start segalanya dari rumah. Berkat dorongan dari Mr Hubby, saya letak surat perletakan jawatan dan kemudian terus memulakan ofis dari rumah. Saya tidak merasa kesal langsung atas tindakan saya itu walaupun terdapat juga kata-kata yg tidak sedap didengar dari kalangan saudara-mara. Yelah, belajar tinggi-tinggi ada ijazah tapi lepas tu tak kerja jaga anak kat rumah? Pedulikan kata orang, yang penting kita tahu mana arah kita nak tuju. Bagi saya ijazah tu hanyalah segulung kertas yg boleh menaikkan martabat seseorang tapi kalau dia tak berusaha, sentiasa di takuk lama tak guna jugak. Apa-apa pun semuanya terpulang kepada individu. Tapi janganlah nak condemn org lain yg nak berubah beralih arah ke bidang lain, rezeki org kita tak tahu kan.

Yang penting sekali bagi sesiapa yg baru nak menceburkan diri dalam perniagaan… pekak kan telinga, buat je dulu apa yg kita rasa patut buat, nanti bila kita dah berjaya diam lah mulut org tu. Tapi jangan berdendam pulak, buat tak tahu je. Bagi saya, itu semua kuasa Allah, jatuh bangun kita semuanya rezeki dari Allah.

Kadang-kadang saya kesian tgk org yg baru nak meniaga, baru nak terfikir-fikir nak jual apa terus ada je kata-kata sinis dari org sekeliling. Terutama sekali usahawa wanita lah yg menjadi mangsa. Cakap macam tu cakap macam ni terus tak jadi nak meniaga. Terkubur macam tu sahaja. Kadang-kadang yg tak menyokong tu para suami yg budiman pulak tu. Apa salahnya isteri nak meniaga.. Wanita ni lemah sangat ke sampai tak boleh nak berdikari.

Nasihat saya, jika nak meniaga bergaul lah dalam golongan org yg berniaga supaya kita mendapat sokongan yg sepatutnya dari mereka. Bukan tak boleh berkawan dengan org biasa, tapi kalau nak cakap hal bisnes pilih-pilih lah org yg sesuai. Bak kata mentor saya Dato’ Dr. Azman Ching, “jalan pasti ada, mesti ada cara”. Jadi, fikir-fikirkan lah.

Dato' Dr Azman Ching

Advertisements

0 Responses to “Cabaran semasa hendak memulakan perniagaan”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: